Friday, 23 November 2012

KENALI AUTISMA

Apakah itu Autisma? Autisma merupakan perkataan yang berasal dari Bahasa Yunani (Greek) iaitu "autos" yang membawa maksud sendiri.. Maka dengan kata mudahnya, pesakit autisma menunjukkan gejala "hidup dalam alamnya yang tersendiri". Ia dikategorikan sebagai ketidakupayaan perkembangan atau dipanggil developmental disability. Austima bukan satu penyakit yang berjangkit dan meliputi semua jenis kaum, bangsa, etnik dan tidak kita taraf dan status. Individu yang menghidapi Autisma akan kekal disepanjang hayatnya, namun Early Intervention di usia yang awal terbukti sangan berkesan bagi memberi kehidupan yang lebih bermakna. Diolah daripada: http://www.slideshare.net/learningla...-bahasa-melayu TANDA – TANDA AWAL AUTISME/AUTISTIK - Tidak menghiraukan orang lain - Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain. - Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap - Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang) - Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran. - Lebih suka bermain sendiri. - Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi. - Lambat bercakap. - Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang. - Tidak boleh berkomunikasi dengan baik. - Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot. - Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap) - Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya. - Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa. - Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan. - Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek. - Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan. - Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang. - Tidak boleh duduk diam. - Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa). - Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri. - Bersikap pasif iaitu tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. - Kurang tumpuan kepada persekitaran. - Sering ada dalam dunia sendiri. - Kadangkala pertuturan tidak jelas. - Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran

MASALAH PEMBELAJARAN DI KALANGAN KANAK-KANAK

Telah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Ini kerana, corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Namun begitu, bukan semua zuriat yang dilahirkan mempunyai pemikiran yang cemerlang. Setiap zuriat yang dilahirkan sebenarnya telah mula belajar dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir mewarisi pelbagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi akan terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya. Ini bererti wujud satu susun atur genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak dan seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangan keupayaan kognitif. Namun demikian, bukan semua kanak-kanak mengalami perkembangan yang sama. Bagi yang perkembangan biologinya seimbang, maka tahap kognitifnya juga akan selari dengan perkembangan umur dan fizikalnya, manakala terdapat sesetengah kanak-kanak pula yang mengalami masalah perkembangan ini. Kanak-kanak sedemikian biasanya akan mengalami masalah dalam pembelajaran seharian mereka di sekolah. Sejak beberapa tahun kebelakangan, kefahaman tentang masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak telah berkembang dengan pesatnya. Memang jelas bahawa masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Selain faktor biologi, pengalaman hidup seseorang kanak-kanak itu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya. Bagi Ibu bapa dan guru pula kadang kala membuat tanggapan yang mungkin kurang tepat terhadap kanak-kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas, tidak bermotivasi, bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman, teknik mengajar tidak berkesan, pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun usaha-usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak-kanak, tetapi masih ada lagi segolongan kanak-kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus. Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran, terdapat dua punca yang boleh kita lihat iaitu punca biologi dan punca psikososial. Punca biologi merangkumi faktor-faktor baka dan penyakit-penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran (asphyxia), lembam lapisan otak (meningitis) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ). Pakar kanak-kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah (lead poisoning) seseorang kanak-kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak-anak terdedah kepada penggunaan bahan-bahan tersebut. Punca psikologi juga sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat, kurang rangsangan, kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya, ia melibatkan unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu, setiap kanak-kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan. Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci punca-punca kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN dengan kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca yang dikenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. Sesetengah kanak-kanak pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya. Terdapat beberapa kategori kanak-kanak yang memerlukan keperluan khas dalam masalah pembelajaran. Menurut Garciulo (2003) definisi keperluan khas: "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, cognitive, or behavioral characteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs." Di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia: terdapat 9 kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu : 1. Terencat Akal (Mental Retardation) 2. Kurang Upaya Dalam Pembelajaran (Learning Disability) 3. Kecelaruan Emosi atau Tingkah Laku (Emotional or Behavioral Disorders) 4. Pintar Cerdas dan Berbakat (Gifted and Talented) 5. Masalah Bahasa dan Pertuturan (Speech and Language Disorders) 6. Masalah Pendengaran (Hearing Impairment) 7. Masalah Penglihatan (Visual Impairment) 8. Kecelaruan Spektrum Autisma (Autism Spectrum Disorder) 9. Kurang Upaya Fizikal atau Masalah Kesihatan (Physical or Health Disability) Manakala definisi kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran pula adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia ini adalah : • Sindrom Down • Autisme ringan • Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorders/ADHD) • Terencat akal minima • Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability), dan • Kurang upaya dalam pembelajaran khusus (Contoh: Disleksia, Diskalkulia, Disgrafia, Dispraksia) Di bawah Jabatan Pendidikan Khas, ciri kanak-kanak bermasalah dapat dilihat pada 3 apsek: Aspek psikomotor Bentuk badan dan koordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor–faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa. Aspek kognitif Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih. Aspek afektif Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab para professional, guru-guru sekolah serta ibu bapa untuk membantu anak-anak yang bermasalah dengan mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas yang telah disediakan.