Thursday 4 October 2012

KENALI PEMULIHAN KHAS


Pengenalan

Pemulihan khas adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tecicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah mereka

Ciri-Ciri Guru  Pemulihan Khas

1. Boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu
    mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P).
2. Komitmen yang menyeluruh
3. Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah.
4. Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa dan pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat
    lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan.
5. Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid.

Peranan Guru Pemulihan Khas

Guru Pemulihan memainkan 5 peranan utama iaitu :

1. Peranan Sebagai Penilai (An Assessment Role)

- Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan  
   khas.
- Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi oleh
   murid-murid.
- Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.

2. Preskriptif (Prescriptive Role)

- Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai
   masalah pembelajaran yang tertentu.
- Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan.

3. Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentic)

- Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah kemahiran asas 3M.
- Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching ” / “ guru pendamping ”
  sekiranya perlu.

4. Peranan Khidmat Bantu (A Supportive Role)

- Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan- bahan pengajaran dan
   pembelajaran.
- Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid yang menghadapi masalah
  3M.

5. Peranan Perhubungan (A Liaison Role)

- Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan latar belakang murid.
- Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu demi kepentingan
   pembelajaran anak-anak mereka.