Friday 23 November 2012

KENALI AUTISMA

Apakah itu Autisma? Autisma merupakan perkataan yang berasal dari Bahasa Yunani (Greek) iaitu "autos" yang membawa maksud sendiri.. Maka dengan kata mudahnya, pesakit autisma menunjukkan gejala "hidup dalam alamnya yang tersendiri". Ia dikategorikan sebagai ketidakupayaan perkembangan atau dipanggil developmental disability. Austima bukan satu penyakit yang berjangkit dan meliputi semua jenis kaum, bangsa, etnik dan tidak kita taraf dan status. Individu yang menghidapi Autisma akan kekal disepanjang hayatnya, namun Early Intervention di usia yang awal terbukti sangan berkesan bagi memberi kehidupan yang lebih bermakna. Diolah daripada: http://www.slideshare.net/learningla...-bahasa-melayu TANDA – TANDA AWAL AUTISME/AUTISTIK - Tidak menghiraukan orang lain - Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain. - Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap - Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang) - Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran. - Lebih suka bermain sendiri. - Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi. - Lambat bercakap. - Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang. - Tidak boleh berkomunikasi dengan baik. - Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot. - Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap) - Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya. - Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa. - Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan. - Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek. - Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan. - Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang. - Tidak boleh duduk diam. - Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa). - Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri. - Bersikap pasif iaitu tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. - Kurang tumpuan kepada persekitaran. - Sering ada dalam dunia sendiri. - Kadangkala pertuturan tidak jelas. - Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran