Tuesday 25 September 2012

BERMULANYA DISINI




BILIK PEMULIHAN SK DESA PANDAN TAHUN 2009.
BILIK PEMULIHAN YANG KE-3 SETELAH DIBERI PERUNTUKAN NAIK TARAF BILIK DIBAWAH PROGRAM RANCANGAN MALAYSIA TAHUN 2009.

KENANGAN TERINDAH

Pemulihan Khas telah banyak memberikan kenangan dan kemanisan dalam sejarah perkhidmatan saya. Bermula pada tahun 2003, saya telah dilantik oleh Guru Besar iaitu Pn. Khalilah Yahaya ( Guru Besar Sk Desa Pandan, Kuala Lumpur) untuk menyandang jawatan guru pemulihan khas yang pada ketika itu terdapat beberapa orang murid yang perlukan khidmat pemulihan. Demi memikirkan tentang kehendak dan tanggungjawab, walaupun tidak berbekalkan pengalaman, saya sanggup untuk memikul tanggungjawab tersebut. Dari situlah berrmulalah sejarah perkhidmatan saya sebagai guru pemulihan khas.

Majlis Anugerah Cemerlang Pemulihan Khas 
MAJALAH JELITA
NOVEMBER 2008




JOHAN  ANUGERAH GURU INOVATIF
PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KL.


Berkat dari kesabaran dan kesungguhan serta sokongan daripada semua pihak, pada tahun 2008, saya telah memenangi beberapa pertandingan dan anugerah pemulihan khas. Antaranya ialah Guru Cemerlang Pemulihan Khas Wilayah Persekutuan, Anugerah Inovatif dan Kreatif  Guru Pemulihan KhasWilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Anugerah Program Pemulihan Khas Cemerlang Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Manakala pada tahun 2009 pula , saya sekali lagi dianugerahkan sebagai Johan Anugerah Guru Inovasi Hari Guru peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada tahun ini juga  saya sekali lagi dilantik sebagai  Guru Cemerlang ( GC ) Pemulihan Khas DGA 32.

Monday 24 September 2012

KENALI cikguone

Nama : Wan Zainani Wan Mohd. Najid
( D 20112053792 ) GROUP EL-A05(A121PJJ)


Negeri asal : Besut, Terengganu.
Tempat tinggal sekarang : Kg Tualang, Beruas, Perak.
Tempat bertugas : SK Kampong Kota, Beruas, Perak.
Jawatan : Guru Cemerlang Pemulihan Khas.

Sejarah Perkhidmatan :
1998 - 2002 : Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan 1, Kuala Lumpur.
2003 - 2009 : Sekolah Kebangsaan Desa Pandan , Kuala Lumpur.
2010 - sekarang : Sekolah Kebangsaan Kampong Kota, Beruas, Perak